Thursday 17 October 2019

TIP BERHENTI MEROKOK


 Semua orang mengetahui,merokok membahayakan kesihatan.Namun bagi perokok mereka amat sukaruntuk meninggalkan tabiat ini terutama perokok tegar.Tetapi jika ada usaha pasti berjaya.Terpulang kepada individu itu sendiri.Di sini dikongsikan beberapa tip untuk berhenti merokok.
Image result for fruit
 
1.MAKAN BUAH-BUAHAN

 Makan buah-buahan seperti epal,anggur,limau dan buahan kering seperti kismis dapat melupakan seketika keinginan merokok.Buah-buahan juga mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin c.






2.MINUM AIR KOSONG/SUAM

 Minum air kosong apabila teringat untuk merokok.Air kosong juga baik untuk tubuh badan kita. Jauhi minuman manis dan bergas.

Image result for glass of water

3.MAKAN/KUNYAH GULA-GULA

 Makan gula-gula yang kurang atau tanpa gula.Kunyah gula-gula getah pudina yang tanpa gula. Ini dapat melupakan keinginan untuk merokok.

Image result for chewing gum
Image result for chewing gum


4.MELAKUKAN SENAMAN ATAU BERSUKAN

 Bersenam bersama keluarga atau bermain bola sepak bersama rakan-rakan adalah satu gaya hidup yang sihat.Selain dapat melupakan keinginan merokok tubuh badan kita juga sihat.

5.BERTEKAD UNTUK BERHENTI MEROKOK

 Memang diketahui bukan mudah untuk berhenti merokok tetapi mulakan dengan langkah yang kecil dahulu.Tanamkan keazaman yang kuat di dalam diri untuk berjaya.Ingatlah orang sekeliling terutama keluarga kita,anak-anak kita.Mereka amat memerlukan anda yang sihat.Mulakan dengan mengurangkan bilangan rokok sehari.Jika orang lain boleh,anda juga boleh.
SELAMAT MENCUBA..


No comments:

Post a Comment