Thursday 30 April 2015

TIP MENANGANI STRESS

salam 1 malaysia,

Anda stress? Dalam kehidupan kita hari ini, setiap orang akan mengalami tekanan samada
anda pelajar,pekerja mahupun penggangur.Stress berpunca daripada tekanan kerja, masalah cinta (bagi yang bercinta),masalah kewangan,konflik keluarga dan sebagainya.








Berikut , beberapa cara boleh dicuba untuk mengurangkan stress dan tekanan di dalam

kehidupan seharian kita.


TARIK NAFAS DALAM-DALAM

Tenangkan fikiran,tarik nafas dalam-dalam,lepaskan perlahan-lahan.Ulang berkali-kali
(sekurang-kurangnya tiga kali).


SENYUM DAN KETAWA

Ketawa merupakan salah satu cara untuk meredakan tekanan.Cuba untuk menonton klip
video yang lucu atau membaca majalah humor sekali-sekala.Dengan ketawa, kita dapat 
melupakan seketika tekanan dan masalah yang kita hadapi.


BERSENAM DAN BERSUKAN

Melakukan aktiviti fizikal atau bersukan bermanafaat untuk tubuh badan kita.Berjoging 
ataupun berjalan kaki sekurang-kurangnya 20 minit sehari .


DAPATKAN SOKONGAN MORAL

Hubungi rakan baik anda,kongsi masalah anda dan luahkan perasaan kepada mereka yang
anda percayai.Ini dapat meredakan tekanan yang dihadapi.Cuba dapatkan nasihat
daripada mereka, sekurang-kurangnya anda mempunyai pilihan dan idea untuk menyelesaikan masalah.


TIDUR YANG MENCUKUPI

Rehatkan badan anda dan tidur lapan jam sehari.Badan kita akan segar semula selepas kita
bangun dari tidur seterusnya, kita dapat memulakan hari kita dengan bersemangat.


MENANGIS SEPUAS HATI

Mungkin tidak sesuai untuk lelaki,tetapi tidak salah mencuba.Menangis dapat meredakan
atau mengurangkan tekanan(sekaligus melepaskan geram).


SELAMAT MENCUBA...







Thursday 2 April 2015

TIPS PENJAGAAN KUKU

Salam 1 malaysia

Kuku merupakan satu struktur separa keras dan sedikit runcing di hujung jari manusia atau haiwan.
Kuku mempunyai dua fungsi iaitu sebagai pelindung kepada jari dan berfungsi memberikan lebih
sensiviti kepada deria sentuh.Kuku juga mempamerkan tahap kesihatan seseorang.Kuku memanjang
pada setiap masa.Kuku jari lebih cepat memanjang berbanding kuku kaki.
Perubahan pada kuku seperti perubahan warna, pengecutan, penebalan, kerapuhan, rekahan, keadaan seakan-akan tergores, titik putih kecil, lunula yang merosot, bentuk yang melengkung(cekung), rata dan menggelembung boleh membuktikan tahap kesihatan seseorang termasuk sakit di bahagian badan yang lain, kekurangan nutrisi, kesan dadah atau racun, atau mungkin juga kecederaan pada kuku itu sendiri. Kuku juga boleh menebal (onikogriposis/onychogryposis), menjadi longgar (onikolisis/onycholysis), dijangkiti fungus (onikomikosis/onychomycosis) atau menjadi lebih buruk (onikodistrofi/onychodystrophy).
Berikut merupakan beberapa perubahan pada kuku yang dapat membantu doktor mengesan sesuatu penyakit:
  • Warna kebiruan pada pangkal kuku menandakan kitaran darah yang tidak lengkap dan merupakan gejala penyakit jantung.
  • Apabila separuh bahagian di hujung kuku berwarna merah muda atau coklat sementara kutikel berwarna putih, itu merupakan gejala penyakit kerosakan ginjal yang kronik.
  • Apabila timbul kerutan melintang dan kuku kelihatan kusam, itu menandakan kekurangan nutrisi atau gejala sesuatu penyakit seperti demam campakcacar air, masalah jantung serta keadaan seperti sindrom Reynaud (kejang pada urat jari tangan dan kaki akibat sangat sejuk).
  • Lapisan merah membujur pada kuku, menandakan pendarahan pada salur kapilari. Garisan-garisan berganda merupakan gejala penyakit darah tinggi.
  • Apabila pertumbuhan kuku kelihatan lambat, tebal dan mengeras serta kekuning-kuningan, ia menandakan masalah sistem pencernaan yang kronik.
  • Timbulnya bintik-bintik pada kuku, menandakan adanya penyakit psoriasis (penyakit kulit kronik).
  • Apabila terdapat lengkungan berlebihan pada pangkal kuku dan sekitar hujung kuku, itu menandakan gejala penyakit emfisema (gangguan pada paru-paru), penyakit kardiovaskular atau hati.
Walau bagaimanapun, peningkatan usia juga menyebabkan strutur kuku berubah dan hal ini biasanya tidak mempunyai kaitan dengan masalah kesihatan. Dalam masa yang sama, perubahan yang tidak ketara pada kuku juga tidak perlu dirisaukan, kerana diagnosis melalui kuku belum diisytiharkan sah sepenuhnya oleh semua doktor di seluruh dunia. Jika seseorang mengalami masalah kesihatan, digalakkan supaya berjumpa dengan pakar kesihatan berbanding menganalisis sendiri perubahan pada kukunya.
Penjagaan Kuku
Seperti rambut ,kuku juga perlu dijaga dan dibersihkan.
  1. Jangan salah gunakan kuku. Untuk mencegah kerosakan, jangan gunakan kuku sebagai alat untuk mencungkil, menebuk, atau mengumpil sesuatu.
  2. Jangan gigit kuku anda . Perbuatan ini boleh merosakkan isi kuku. Bahkan torehan yang kecil di hujung kuku akan membenarkan bakteria atau kulat masuk dan mengakibatkan jangkitan. Oleh sebab pertumbuhan kuku yang perlahan, kuku yang cedera meninggalkan kesan yang lama sehingga beberapa bulan.
  3. Lindungi kuku anda. Pakai sarung tangan yang selamat apabila menggunakan air sabun serta bahan kimia dalam jangka masa yang lama.
  4. Lakukan penyelenggaraan. Rapikan kuku dan bersihkan bahagian di bawah kuku selalu. Gunakan pengetip kuku yang tajam dan yang sesuai untuk melicinkan kuku. Jangan sesekali menarik kuku yang separa terpotong kerana melakukannya selalu boleh menyebabkan kulit terkoyak.
  5. Lembapkan kuku selalu kerana kuku juga perlu dilembapkan seperti kulit