Friday 20 March 2015

10 000 Langkah Sehari

salam 1 malaysia

Dengar sahaja 10,000 langkah sehari tentu memenatkan?Jangan risau, tidak semestinya 10,000 langkah itu dilakukan secara berterusan.Tidak perlulah memaksa diri,lakukan dengan permulaan
langkah yang kecil dahulu.Biasakan diri menaiki tangga daripada lift.Jadikan berjalan kaki sebagai amalan.Contohnya,kalau kita nak ke kedai yang jaraknya dalam 300 ke 500 meter cubalah berjalan kaki.Tidak perlulah menaiki motosikal atau kereta (jimat juga minyak kereta).Begitu juga di tempat kerja.Berjalan kakilah untuk ke kedai makan (time lunch la),ajak rakan-rakan bersama.Boleh berbual sambil berjalan,jadi tidaklah membosankan.Nak tahu fakta tentang 10,000 langkah?



Fakta mengenai 10,000 langkah yang perlu kita semua ambil tahu :

    • Berjalan 1km = 1,250 langkah  maknanya 10,000 langkah = 7 hingga 8 km.
    • Berjalan dalam tempoh 20 minit = 1.8 km bersamaan membakar nilai kalori sebiji pisang.
    • Berjalan dalam tempoh 30 minit = 2.6 km bersamaan nilai kalori bagi sebiji karipap.
    • Berjalan dalam tempoh 60 minit = 4.8 km bersamaan membakar nilai kalori bagi sekeping roti canai.
    • 10,000 langkah membakar sebanyak 390 kalori bersamaan sepinggan kuetiau goreng   

Jadi ,mari mulakan langkah pertama kita...





Wednesday 18 March 2015

KHASIAT SEBIJI EPAL



salam 1 malaysia

KHASIAT SEBIJI EPAL


Pepatah inggeris ada mengatakan makanlah sebiji epal sehari untuk sihat.Mari kita lihat apa yang ada pada sebiji epal.








1) Baik untuk kesihatan

Epal merah mengandungi beberapa fitokimia penting seperti kuersetin, catechinm phloridzin dan asid klorogenik. Semua ini adalah antioksidan yang kuat. Hasil kajian epidemiologi menunjukkan hubung kaitnya dengan kejayaan mengurangkan risiko sakit jantung, beberapa jenis kanser, asma dan diabetes jenis 2.


2) Baik untuk melawaskan perut dan sembelit

Epal merah kaya dengan serat yang membantu melawaskan perut dan melegakan sembelit.


3) Risiko kanser rendah

Risiko kanser di kalangan wanita yang makan sekurang-kurangnya satu hidangan epal merah adalah rendah, menurut Kajian Kesihatan Jururawat yang membabitkan 77,000 wanita. Kajian itu mendapati kanser paru-paru di kalangan wanita berkurangan 21 peratus.


4) Mengandungi serat yang tinggi 

Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena danfitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.


5) Melambatkan proses penuaan dan untuk kecantikan

Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikalbebas serta boleh melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga boleh melembapkan kulit yang kering.


6) Baik untuk menghalang penyakit jantung dan canser

Fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah daripada tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.


7) Membantu proses mengawal berat badan.

Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat boleh melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapatmemberikan kita tenaga.


8) Bebas kolestrol dan lemak

kandungan kolestrol dan lemak tidak terdapat dalam epal. sesiapa yang hendak berdiet, epal sesuai menjadi snek yang terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan


9) Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau)

Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.


10) Kaya dengan pelbagai khasiat vitamin


vitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh badan kita. antara khasiat yang terdapat dalam epal. Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

VIDEO

salam 1 malaysia

Tuesday 17 March 2015

CARA MEMBUAT SIX PACK DENGAN MUDAH DAN PANTAS



Memiliki badan yang tegap dan perut yang six pack adalah idaman semua lelaki.Berikut adalah
beberapa tips untuk mendapatkan six pack.Perlu diingatkan latihan dan displin yang tinggi adalah kunci kepada setiap keberkesanan.Diharapkan cara ini dapat membantu anda untuk mendapatkan six pack yang diinginkan.


1. Knee Ups


2. Leg Raises


3. Cycles


4. Reverse Crunch


5. Leg On Coach Crunches


6. Hip Trust


7. Cross Crunch


8. Reach and Touch


9. Cross leg reverse crunch


Read more: http://billyinfo.blogspot.com/2012/11/9-cara-mudah-dan-paling-pantas-untuk.html#ixzz3Ud26vk7A

CARA KEMPISKAN PERUT



Perut yang kempis dan slim adalah idaman setiap orang.Namun bukan semua orang memiliki perut idaman.Diharapkan tips-tips ini dapat membantu.




1. Hindari karbohidrat
senaman kempiskan perut
Mengurangkan karbohidrat dalam diet anda akan melatih badan anda untuk mengakses karbohidrat disimpan dipanggil glikogen dan membakar mereka di luar, di samping menghapuskan cecair yang berlebihan disimpan.
2. Kurangkan alkohol
Alkohol, terutamanya wain dan bir, penuh dengan kalori (hakikat menakutkan: satu botol wain mengandungi hampir 600 kalori). Alkohol merangsang selera makan.
3. Minum air yang banyak
petua kempiskan perut
Minum air yang banyak akan membantu untuk mengepam toksin daripada sistem anda dan menjaga usus anda, ia adalah penting untuk perut rata. Air kencing anda perlu menjadi warna kuning atau jelas cahaya, kuning gelap dengan bau yang boleh menjadi tanda bahawa anda mengalami dehidrasi.
4. Makan dalam kuantiti yang sedikit
Diet negatif akan menjejaskan tahap gula dalam darah dan menyebabkan anda untuk makan lebih kerana kelaparan. Makan kuantiti sedikit, makan dengan kerap setiap tiga hingga empat jam.
5. Makan makanan ringan yang kaya dengan protein
Makan antara 3 dan 4 petang Menurut pakar-pakar, makan makanan ringan yang kaya dengan protein pada jam keajaiban antara tiga dan empat petang akan meningkatkan metabolisme anda dan mengimbangi gula dalam darah anda.
6. Kurangkan pengambilan gula
cara kempiskan perut
Selain menjadi penuh dengan kalori kosong, mempunyai kurang gula dalam sistem anda akan membantu untuk menurunkan paras insulin anda.Tahap insulin yang lebih rendah sama dengan pengeluaran yang lebih besar hormon yang dikenali sebagai glucagon dalam sistem anda.
7. Makan makanan indeks glisemik rendah
Puncanya ia mengambil masa lama untuk dihadam, supaya anda berasa kenyang. Badan anda secara perlahan-lahan akan menyerap nutrien supaya anda akan mengelakkan kelaparan.Contoh makanan ini adalah : Kubis, Lobak, Saderi, Timun, Bawang, Tomato, Pisang
8. Mengurangkan saiz hidangan anda
kempiskan perut
Satu helah yang baik adalah dengan menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan makan. Dengan cara itu, pinggan anda akan kelihatan seperti ia menimbun dengan makanan.Cuba untuk mengunyah lebih perlahan-lahan dan teliti apabila anda makan
9. Jangan makan apa-apa selama dua hingga tiga jam sebelum tidur
Anda juga lebih kurang aktif pada waktu malam dan pada waktu malam, yang bermakna bahawa badan anda adalah lebih cenderung untuk menyimpan kalori yang anda makan lewat malam sebagai lemak, dan bukannya membakar mereka sebagai tenaga. Cuba untuk tidak makan apa-apa sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam sebelum tidur.

 

Artikel ini berkaitan dengan : senaman kempiskan perut | petua kempiskan perut | cara kempiskan perut | kempiskan perut
Terima kasih : Wiki Malaysia , FB Malaysia

TIPS KURUSKAN BADAN



Bentuk badan yang ideal menjadi idaman setiap orang.Namun bukan mudah untuk mencapai apa yang diimpikan tanpa usaha keras dan amalan yang berterusan.Berikut adalah di antara tips-tips yang mungkin membantu.Selamat mencuba...

SARAPAN PAGI

Anda  boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak
mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.Bagaimana ia
terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk
membakar kalori.Jadi janganlah kita abaikan sarapan pagi.



 


KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

 

MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh.Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.Air juga mengawal kelembapan di dalam tubuh badan kita.


KURANGKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas/berkarbonat sememangnya sedap apatah lagi di waktu panas.Tahukah anda, biasanya minuman bergas mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.


JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.