Tuesday 5 November 2019

KESIHATAN TELINGA


Pernahkah anda membuang tahi telinga?Semua orang pasti pernah melakukannya, ini kerana kita beranggapan dengan mengorek tahi telinga dapat membersihkan saluran telinga.Sama ada menggunakan cotton bud ataupun pengorek besi khas.
 Sebenarnya tahi telinga kita mempunyai fungsinya yang tersendiri.Ia tidak sama seperti mengorek tahi hidung.

Image result for cotton buds
FUNSI TAHI TELINGA

1.Membentuk lapisan asid yang pentinguntuk mencegah jangkitan kuman bakteria dan fungus.

2.Ia mengandungi lapisan lipid,bersifat hidrofobik dan mencegah terlalu banyak air meresap ke salur telinga.

3.Menghalang segala kotoran dan bendasing luar masuk ke dalam telinga.


Image result for ear

JIKA MENGHADAPI MASALAH

 Jalani pemeriksaan telinga.Doktor akan memberi ubat titis telinga jika tahi telinga menjadi terlalu keras.Rujuk ke klinik pakar telinga,hidung dan tekak (ENT) sama ada swasta atau klinik kerajaan.Di klinik ENT doktor akan membersihkan telinga dengan kaedah selamat dan risiko yang rendah.


Friday 1 November 2019

PETUA MERAWAT ANAK DEMAM



 Bagi mereka yang mempunyai anak kecil pasti berasa tertekan apabila anak mereka demam terutama yang masih bayi.Sudah tentu kita akan memberi ubat paracetamol atau menampal kool fever di dahi. Namun demam  memang tidak akan cepat hilang dan suhu badan pun tak turun.Ini yang menimbulkan kerisauan pada ibu bapa.Pelbagai cara dan petua akan ibu bapa amalkan. Disini dikongsikan beberapa petua untuk kita cuba.

Image result for baby fever


1.TUAM DENGAN KAIN BASAH

 Basahkan kain atau tuala kecil dan letakkan pada dahi bayi @ anak.Rendam kain di dalam air sejuk@ais dan perah.Ulang langkah ini jika kain sudah tidak sejuk lagi.Lap badan bayi dengan kain basah terutama di bawah ketiak.Ini dapat membantu menurunkan suhu badan bayi yang panas.

2.DAUN BUNGA RAYA

 Ramas daun bunga raya di dalam bekas yang berisi air sehingga keluar lendir.Sapukan lendir tersebut pada kepala dan badan bayi@anak.Cara ini amat berkesan sekali untuk menyejukkan badan anak kita yang panas.

Image result for bunga raya

3.DAUN LIDAH BUAYA (ALOE VERA)

 Jika tiada daun bunga raya,daun lidah buaya juga boleh digunakan.Caranya buang duri pada daun lidah buaya.Potong-potongkan daun itu menjadi beberapa bahagian dan rendam di dalam air.Gunakan lendir air tersebut untuk diletakkan pada kepala dan badan bayi.


Image result for aloe vera

4.LEMON

 Buat mandian air lemon.Caranya potong lemon dan letakkan di dalam besen yang berisi air.Mandikan bayi2anak dengan air tersebut.Jangan lupa basahkan kepala bayi untuk meredakan suhu badan bayia@anak yang panas.

SELAMAT MENCUBA...

Thursday 17 October 2019

TIP BERHENTI MEROKOK


 Semua orang mengetahui,merokok membahayakan kesihatan.Namun bagi perokok mereka amat sukaruntuk meninggalkan tabiat ini terutama perokok tegar.Tetapi jika ada usaha pasti berjaya.Terpulang kepada individu itu sendiri.Di sini dikongsikan beberapa tip untuk berhenti merokok.
Image result for fruit
 
1.MAKAN BUAH-BUAHAN

 Makan buah-buahan seperti epal,anggur,limau dan buahan kering seperti kismis dapat melupakan seketika keinginan merokok.Buah-buahan juga mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin c.






2.MINUM AIR KOSONG/SUAM

 Minum air kosong apabila teringat untuk merokok.Air kosong juga baik untuk tubuh badan kita. Jauhi minuman manis dan bergas.

Image result for glass of water

3.MAKAN/KUNYAH GULA-GULA

 Makan gula-gula yang kurang atau tanpa gula.Kunyah gula-gula getah pudina yang tanpa gula. Ini dapat melupakan keinginan untuk merokok.

Image result for chewing gum
Image result for chewing gum


4.MELAKUKAN SENAMAN ATAU BERSUKAN

 Bersenam bersama keluarga atau bermain bola sepak bersama rakan-rakan adalah satu gaya hidup yang sihat.Selain dapat melupakan keinginan merokok tubuh badan kita juga sihat.

5.BERTEKAD UNTUK BERHENTI MEROKOK

 Memang diketahui bukan mudah untuk berhenti merokok tetapi mulakan dengan langkah yang kecil dahulu.Tanamkan keazaman yang kuat di dalam diri untuk berjaya.Ingatlah orang sekeliling terutama keluarga kita,anak-anak kita.Mereka amat memerlukan anda yang sihat.Mulakan dengan mengurangkan bilangan rokok sehari.Jika orang lain boleh,anda juga boleh.
SELAMAT MENCUBA..