Monday, 14 October 2019

BAHAYA ROKOK

  Semua orang mengetahui merokok membahayakan kesihatan.Namun bagi perokok, mereka amat sukar untuk menghilangkan tabiat ini.Ini berpunca daripada ketagihan yang teruk kesan dari nikotin.


Image result for smoking picture

 Tahukah anda asap rokok mengandungi terdiri daripada 4,000 bahan kimia,200 daripadanya beracun dan 63 lagi punca kanser.Ini sudah tentu memberi kesan terhadap orang sekeliling juga.

 Di dalam rokok terdapat:

1. Tar,bahan asas membuat jalan.

2. Nikotin, racun serangga.

 3. Arsenic,racun anai-anai

4. Ammonia,pencuci lantai.

5. Acetone,penanggal pengilat kuku.

6. Formaldehyde,bahan pengawet mayat.

7. Naphthylamine,ubat gegat.


Kesan-kesan rokok

- Kerosakan paru-paru.

- Pengurangan bilangan sperma.

- Kanser mulut.

- Penyakit jantung.

- Strok.


Image result for heart attack


Friday, 11 October 2019

TIDUR YANG CUKUP



Image result for baby sleeping picture
 Tidur merupakan salah satu daripada rutin harian kita.Tahukah anda tidur yang cukup amat penting untuk kesihatan tubuh badan kita.

 Manusia dewasa memerlukan tidur dari 7 ke 8 jam sehari untuk masa tidur yang berkualiti.Ini bagi memastikan otak kita mendapat rehat yang cukup untuk kembali bekerja keesokan harinya.

Image result for sleepy picture
 Tidur yang kurang memberi impak terhadap badan kita.Hormon-hormon di dalam badan kita menjadi tidak seimbang.Salah satunya badan kita menjadi lesu dan penat.Tumpuan pembelajaran atau kerja terganggu.Penyakit seperti darah tinggi,masalah jantung dan sakit kepala mudah menyerang selain mendapat stress.

Image result for sleepy picture

 Berikut adalah di antara tip-tip untuk mendapat tidur yang cukup:

1. Tidur seawal jam 9.00 malam.Ini kerana ia adalah waktu yang ideal bagi mereka yang perlu bangun seawal pukul 5.00 pagi.

2. Minum susu.Ini dapat membantu untuk kita mudah mengantuk selain khasiat susu itu sendiri.

3. Jauhi minuman berkafien seperti kopi dan nescafe.Minuman berkafien boleh menyebabkan kita hilang rasa mengantuk.

4. Amalkan bersenam atau berjogging di waktu petang.Ini kerana badan kita akan penat seterusnya membolehkan kita tidur awal.

 Kesimpulannya selain mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan menjaga pemakanan, tidur juga merupakan salah satu faktor yang penting untuk mendapat tubuh badan yang sihat.

Image result for happy  picture

Thursday, 1 February 2018

TIP MENGHADAPI CUACA PANAS

salam 1 malaysia


 Kebelakangan ini cuaca tidak menentu. Musim hujan diselangi dengan cuaca panas. Hujan yang berlebihan menyebabkan banjir tetapi cuaca panas yang berlebihan juga boleh memudaratkan kesihatan kita. Di sini ada beberapa tip untuk kekal sihat di musim panas.

1.GUNAKAN PAYUNG 🌂

 Sediakan payung ketika keluar rumah. Ini untuk menghalang sinaran matahari terus terpancar ke kulit kita. Topi juga digalakkan dipakai untuk mengelakkan sinaran matahari ke kepala  dan muka.

2.BANYAKKAN MEMINUM AIR KOSONG
 
 Meminum air kosang dapat mengekalan kelembapan kulit dan menggantikan air yang hilang dari tubuh kita sewaktu berpeluh. Amalan meminum air kosong sememangnya banyak manafaat.

3.PAKAI PAKAIAN LEMBUT 👕👖👗

 Memakai pakaian yang berwarna terang dan lembut. Jangan pakai pakaian yang tebal.

4.PASANG KIPAS/PENGHAWA DINGIN ❄❄❄

 Gunakan kipas atau pasang penghawa dingin di rumah bagi mengelakkan suhu panas yang berlebihan. Ini dapat menyejukkan badan kita.

5.JAUHI MINUMAN BERKAFIEN DAN ALKOHOL. 🍺☕

 Jauhi minuman berkafien dan bergula ketika cuaca panas. Elakkan minum minuman beralkohol.