Friday, 1 November 2019

PETUA MERAWAT ANAK DEMAM



 Bagi mereka yang mempunyai anak kecil pasti berasa tertekan apabila anak mereka demam terutama yang masih bayi.Sudah tentu kita akan memberi ubat paracetamol atau menampal kool fever di dahi. Namun demam  memang tidak akan cepat hilang dan suhu badan pun tak turun.Ini yang menimbulkan kerisauan pada ibu bapa.Pelbagai cara dan petua akan ibu bapa amalkan. Disini dikongsikan beberapa petua untuk kita cuba.

Image result for baby fever


1.TUAM DENGAN KAIN BASAH

 Basahkan kain atau tuala kecil dan letakkan pada dahi bayi @ anak.Rendam kain di dalam air sejuk@ais dan perah.Ulang langkah ini jika kain sudah tidak sejuk lagi.Lap badan bayi dengan kain basah terutama di bawah ketiak.Ini dapat membantu menurunkan suhu badan bayi yang panas.

2.DAUN BUNGA RAYA

 Ramas daun bunga raya di dalam bekas yang berisi air sehingga keluar lendir.Sapukan lendir tersebut pada kepala dan badan bayi@anak.Cara ini amat berkesan sekali untuk menyejukkan badan anak kita yang panas.

Image result for bunga raya

3.DAUN LIDAH BUAYA (ALOE VERA)

 Jika tiada daun bunga raya,daun lidah buaya juga boleh digunakan.Caranya buang duri pada daun lidah buaya.Potong-potongkan daun itu menjadi beberapa bahagian dan rendam di dalam air.Gunakan lendir air tersebut untuk diletakkan pada kepala dan badan bayi.


Image result for aloe vera

4.LEMON

 Buat mandian air lemon.Caranya potong lemon dan letakkan di dalam besen yang berisi air.Mandikan bayi2anak dengan air tersebut.Jangan lupa basahkan kepala bayi untuk meredakan suhu badan bayia@anak yang panas.

SELAMAT MENCUBA...

No comments:

Post a Comment