Friday, 11 October 2019

TIDUR YANG CUKUP



Image result for baby sleeping picture
 Tidur merupakan salah satu daripada rutin harian kita.Tahukah anda tidur yang cukup amat penting untuk kesihatan tubuh badan kita.

 Manusia dewasa memerlukan tidur dari 7 ke 8 jam sehari untuk masa tidur yang berkualiti.Ini bagi memastikan otak kita mendapat rehat yang cukup untuk kembali bekerja keesokan harinya.

Image result for sleepy picture
 Tidur yang kurang memberi impak terhadap badan kita.Hormon-hormon di dalam badan kita menjadi tidak seimbang.Salah satunya badan kita menjadi lesu dan penat.Tumpuan pembelajaran atau kerja terganggu.Penyakit seperti darah tinggi,masalah jantung dan sakit kepala mudah menyerang selain mendapat stress.

Image result for sleepy picture

 Berikut adalah di antara tip-tip untuk mendapat tidur yang cukup:

1. Tidur seawal jam 9.00 malam.Ini kerana ia adalah waktu yang ideal bagi mereka yang perlu bangun seawal pukul 5.00 pagi.

2. Minum susu.Ini dapat membantu untuk kita mudah mengantuk selain khasiat susu itu sendiri.

3. Jauhi minuman berkafien seperti kopi dan nescafe.Minuman berkafien boleh menyebabkan kita hilang rasa mengantuk.

4. Amalkan bersenam atau berjogging di waktu petang.Ini kerana badan kita akan penat seterusnya membolehkan kita tidur awal.

 Kesimpulannya selain mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan menjaga pemakanan, tidur juga merupakan salah satu faktor yang penting untuk mendapat tubuh badan yang sihat.

Image result for happy  picture

No comments:

Post a Comment