Wednesday, 24 January 2018

PETUA MENGHITAMKAN RAMBUT

salam 1 malaysia


Pastinya ramai di antara kita yang risau apabila rambut putih atau uban mula kelihatan di rambut.Uban memang akan muncul tak kira siapa.Tiada orang yang rambutnya kekal hitam walaupun sudah berusia 60 tahun.Ini adalah perkara yang normal.Tetapi!!!Bagaimana pula dengan mereka yang masih muda...kadangkala masih di sekolah rendah pun dah beruban??pastinya ini menjadi satu masalah.Di sini saya akan berikan berberapa petua atau tip untuk mengatasi atau menghalang(sekurang-kurangya) masalah rambut beruban....


1.INAI
  Daun inai memang banyak digunakan untuk menghitamkan rambut.Mudah dicari dan mudah juga digunakan.Hanya tumbuk daun inai dan letakkan di rambut.Balut rambut dengan 'cap' plastik.Tetapi kekuranganya rambut kita kelihatan perang.

2.SYAMPU

 Sekarang banyak syampu rambut yang boleh mengembalikan kehitaman rambut.Pilih saja ikut pilihan hati.Tetapi jika mahu yang terbaik pastikan salah satu bahannya adalah'urang aring'.

3.PEMAKANAN
 Diet harian kita juga mempengaruhi tubuh badan kita, salah satu rambut.Banyakkan mengambil sayur-sayuran atau makanan yang mengandungi zat besi.Ini kerana zat besi membantu melambatkan rambut beruban.Contohnya sayur bayam.

4.MINYAK RAMBUT YANG SESUAI

 Minyak rambut juga memainkan peranan terhadap rambut kita.Penggunaan gel rambut boleh menyebabkan uban cepat tumbuh(bergantung juga kepada individu).Sekarang trend menggunakan pomade juga menjadi satu pilihan. Tukar gel rambut anda kepada pomade. Tidak salah mencuba kan...

5.Cabut uban

 Ini mungkin kedengaran agak berlainan dari biasa.Tapi jangan salah faham.Cara ini hanya untuk uban yang baru belajar tumbuh saja.Caranya syampukan rambut anda dengan syampu penghitam rambut selepas uban dicabut.

Ini saja tip untuk kali ini...selamat mencuba... tak salah kalau kita mencuba...tak banyak kos pun kan...

No comments:

Post a Comment