Friday, 26 January 2018

DAUN PANDAN (PANDAN LEAVES)

salam 1 malaysia


DAUN PANDAN

Daun pandan merupakan bahan yang popular di Malaysia.Ia banyak  digunakan di dalam masakan dan membuat kuih.Aromanya yang wangi dan baunya yang unik membuatkan ianya sering menjadi bahan tambahan untuk menjadikan sesuatu masakan atau kuih lebih aromatik.Di samping itu daun pandan juga menjadi pewangi semulajadi untuk kereta mahupun di dalam rumah.Ini kerana sifatnya yang menyerap bau tetapi meninggalkan bau yang harum.




Daun pandan sering diletakkan di dalam almari,tujuannya untuk menghalau lipas dan menghilangkan bau hapak almari.Daun pandan juga boleh digunakan untuk melebatkan rambut dan juga mewangikan ketiak.


Thursday, 25 January 2018

TIP PENJAGAAN KULIT AGAR KELIHATAN CANTIK

salam 1 malaysia

Semua orang mahukan kulit yang cantik,anjal,tegang dan licin,lebih-lebih lagi wanita.Di sini ada beberapa tip yang boleh dijadikan panduan.

1.MEMBERSIHKAN KULIT

 Mandi sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.Lagi kerap lagi bagus tetapi perlu diingatkan penggunaan sabun yang berlebihan boleh menyebabkan kulit kering.Gunakan sabun atau mandian yang lembut untuk kulit yang kering.

2.GUNAKAN PELEMBAB SELEPAS MANDI

 Pelembab dapat mengekalkan kelembapan kulit.Tetapi untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak tidak perlu menggunakan pelembap.Minyak bayi juga boleh digunakan untuk melembapkan kulit.

3.LINDUNGI KULIT DARIPADA SINARAN MATAHARI

 Kulit akan menjadi rosak jika terdedah kepada cahaya matahari terutama ketika terik.Gunakan krim pelindung matahari jika perlu.

4.AMALKAN MAKAN SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN YANG KAYA DENGAN VITAMIN.

 Makan sayur-sayuran dan buah-buahan memang banyak manafaatnya.Salah satunya untuk kulit kita selain kalorinya yang rendah.

5.BERSENAM

 Bersenam secara berkala membantu melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit.Tubuh kita juga akan menjadi cergas.Minum air kosong yang banyak selepas bersenam.

6.JAUHI ROKOK DAN ARAK

 Amalan merokok dan meminum minuman beralkohol boleh memudaratkan tubuh badan,tidak terkecuali kulit.Kulit akan mudah atau cepat berkedut.Selain itu ianya akan mendedahkan kita kepada penyakit berbahaya yang lain seperti kanser dan kerosakan paru-paru.


Wednesday, 24 January 2018

PETUA MENGHITAMKAN RAMBUT

salam 1 malaysia


Pastinya ramai di antara kita yang risau apabila rambut putih atau uban mula kelihatan di rambut.Uban memang akan muncul tak kira siapa.Tiada orang yang rambutnya kekal hitam walaupun sudah berusia 60 tahun.Ini adalah perkara yang normal.Tetapi!!!Bagaimana pula dengan mereka yang masih muda...kadangkala masih di sekolah rendah pun dah beruban??pastinya ini menjadi satu masalah.Di sini saya akan berikan berberapa petua atau tip untuk mengatasi atau menghalang(sekurang-kurangya) masalah rambut beruban....


1.INAI
  Daun inai memang banyak digunakan untuk menghitamkan rambut.Mudah dicari dan mudah juga digunakan.Hanya tumbuk daun inai dan letakkan di rambut.Balut rambut dengan 'cap' plastik.Tetapi kekuranganya rambut kita kelihatan perang.

2.SYAMPU

 Sekarang banyak syampu rambut yang boleh mengembalikan kehitaman rambut.Pilih saja ikut pilihan hati.Tetapi jika mahu yang terbaik pastikan salah satu bahannya adalah'urang aring'.

3.PEMAKANAN
 Diet harian kita juga mempengaruhi tubuh badan kita, salah satu rambut.Banyakkan mengambil sayur-sayuran atau makanan yang mengandungi zat besi.Ini kerana zat besi membantu melambatkan rambut beruban.Contohnya sayur bayam.

4.MINYAK RAMBUT YANG SESUAI

 Minyak rambut juga memainkan peranan terhadap rambut kita.Penggunaan gel rambut boleh menyebabkan uban cepat tumbuh(bergantung juga kepada individu).Sekarang trend menggunakan pomade juga menjadi satu pilihan. Tukar gel rambut anda kepada pomade. Tidak salah mencuba kan...

5.Cabut uban

 Ini mungkin kedengaran agak berlainan dari biasa.Tapi jangan salah faham.Cara ini hanya untuk uban yang baru belajar tumbuh saja.Caranya syampukan rambut anda dengan syampu penghitam rambut selepas uban dicabut.

Ini saja tip untuk kali ini...selamat mencuba... tak salah kalau kita mencuba...tak banyak kos pun kan...