Tuesday, 17 March 2015

TIPS KURUSKAN BADAN



Bentuk badan yang ideal menjadi idaman setiap orang.Namun bukan mudah untuk mencapai apa yang diimpikan tanpa usaha keras dan amalan yang berterusan.Berikut adalah di antara tips-tips yang mungkin membantu.Selamat mencuba...

SARAPAN PAGI

Anda  boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak
mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.Bagaimana ia
terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk
membakar kalori.Jadi janganlah kita abaikan sarapan pagi.



 


KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

 

MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh.Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.Air juga mengawal kelembapan di dalam tubuh badan kita.


KURANGKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas/berkarbonat sememangnya sedap apatah lagi di waktu panas.Tahukah anda, biasanya minuman bergas mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.


JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

No comments:

Post a Comment