Dengar sahaja 10,000 langkah sehari tentu memenatkan?Jangan risau, tidak semestinya 10,000 langkah itu dilakukan secara berterusan.Tidak perlulah memaksa diri,lakukan dengan permulaan
langkah yang kecil dahulu.Biasakan diri menaiki tangga daripada lift.Jadikan berjalan kaki sebagai amalan.Contohnya,kalau kita nak ke kedai yang jaraknya dalam 300 ke 500 meter cubalah berjalan kaki.Tidak perlulah menaiki motosikal atau kereta (jimat juga minyak kereta).Begitu juga di tempat kerja.Berjalan kakilah untuk ke kedai makan (time lunch la),ajak rakan-rakan bersama.Boleh berbual sambil berjalan,jadi tidaklah membosankan.Nak tahu fakta tentang 10,000 langkah?
Fakta mengenai 10,000 langkah yang perlu kita semua ambil tahu :
- Berjalan 1km = 1,250 langkah maknanya 10,000 langkah = 7 hingga 8 km.
- Berjalan dalam tempoh 20 minit = 1.8 km bersamaan membakar nilai kalori sebiji pisang.
- Berjalan dalam tempoh 30 minit = 2.6 km bersamaan nilai kalori bagi sebiji karipap.
- Berjalan dalam tempoh 60 minit = 4.8 km bersamaan membakar nilai kalori bagi sekeping roti canai.
- 10,000 langkah membakar sebanyak 390 kalori bersamaan sepinggan kuetiau goreng
Jadi ,mari mulakan langkah pertama kita...
No comments:
Post a Comment