Thursday, 16 July 2015

CARA MENGEKALKAN METABOLISMA BADAN

salam 1 malaysia



Apa itu metabolisme? metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau
pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.
metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka,
mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.
p>Persoalannya, bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah? Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.
Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:

10 Tip Cepatkan metabolisme Badan

  1. Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
  2. Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.
  3. Makan!Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
  4. Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
  5. Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang
    baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
  6. Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
  7. Lakukan senaman menggunakan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori.
  8. Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
  9. Tak pandai kira BMR atau keperluan kalori seharian anda? Dapatkan panduan teliti melalui ebook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu.
  10. C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
  11. Pedas! Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
  12. Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau
    dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.





sumber:KevinZahri.com

Wednesday, 6 May 2015

ROLL SPIKE (LIPAT GULUNG)

salam 1 malaysia


Roll spike atau lebih dikenali sebagai lipat gulung adalah salah satu skill di dalam permainan sepak takraw.Ianya adalah satu teknik rejaman untuk mematikan bola seterusnya mendapatkan mata.Pemain yang mempunyai teknik ini sering kali digeruni pihak lawan.Untuk mempelajari teknik ini displin dan semangat yang tinggi amat diperlukan.Video di bawah adalah salah satu cara untuk mempelajari dan memantapkan kemahiran roll spike.Selamat menonton...








Thursday, 30 April 2015

TIP MENANGANI STRESS

salam 1 malaysia,

Anda stress? Dalam kehidupan kita hari ini, setiap orang akan mengalami tekanan samada
anda pelajar,pekerja mahupun penggangur.Stress berpunca daripada tekanan kerja, masalah cinta (bagi yang bercinta),masalah kewangan,konflik keluarga dan sebagainya.








Berikut , beberapa cara boleh dicuba untuk mengurangkan stress dan tekanan di dalam

kehidupan seharian kita.


TARIK NAFAS DALAM-DALAM

Tenangkan fikiran,tarik nafas dalam-dalam,lepaskan perlahan-lahan.Ulang berkali-kali
(sekurang-kurangnya tiga kali).


SENYUM DAN KETAWA

Ketawa merupakan salah satu cara untuk meredakan tekanan.Cuba untuk menonton klip
video yang lucu atau membaca majalah humor sekali-sekala.Dengan ketawa, kita dapat 
melupakan seketika tekanan dan masalah yang kita hadapi.


BERSENAM DAN BERSUKAN

Melakukan aktiviti fizikal atau bersukan bermanafaat untuk tubuh badan kita.Berjoging 
ataupun berjalan kaki sekurang-kurangnya 20 minit sehari .


DAPATKAN SOKONGAN MORAL

Hubungi rakan baik anda,kongsi masalah anda dan luahkan perasaan kepada mereka yang
anda percayai.Ini dapat meredakan tekanan yang dihadapi.Cuba dapatkan nasihat
daripada mereka, sekurang-kurangnya anda mempunyai pilihan dan idea untuk menyelesaikan masalah.


TIDUR YANG MENCUKUPI

Rehatkan badan anda dan tidur lapan jam sehari.Badan kita akan segar semula selepas kita
bangun dari tidur seterusnya, kita dapat memulakan hari kita dengan bersemangat.


MENANGIS SEPUAS HATI

Mungkin tidak sesuai untuk lelaki,tetapi tidak salah mencuba.Menangis dapat meredakan
atau mengurangkan tekanan(sekaligus melepaskan geram).


SELAMAT MENCUBA...







Thursday, 2 April 2015

TIPS PENJAGAAN KUKU

Salam 1 malaysia

Kuku merupakan satu struktur separa keras dan sedikit runcing di hujung jari manusia atau haiwan.
Kuku mempunyai dua fungsi iaitu sebagai pelindung kepada jari dan berfungsi memberikan lebih
sensiviti kepada deria sentuh.Kuku juga mempamerkan tahap kesihatan seseorang.Kuku memanjang
pada setiap masa.Kuku jari lebih cepat memanjang berbanding kuku kaki.
Perubahan pada kuku seperti perubahan warna, pengecutan, penebalan, kerapuhan, rekahan, keadaan seakan-akan tergores, titik putih kecil, lunula yang merosot, bentuk yang melengkung(cekung), rata dan menggelembung boleh membuktikan tahap kesihatan seseorang termasuk sakit di bahagian badan yang lain, kekurangan nutrisi, kesan dadah atau racun, atau mungkin juga kecederaan pada kuku itu sendiri. Kuku juga boleh menebal (onikogriposis/onychogryposis), menjadi longgar (onikolisis/onycholysis), dijangkiti fungus (onikomikosis/onychomycosis) atau menjadi lebih buruk (onikodistrofi/onychodystrophy).
Berikut merupakan beberapa perubahan pada kuku yang dapat membantu doktor mengesan sesuatu penyakit:
  • Warna kebiruan pada pangkal kuku menandakan kitaran darah yang tidak lengkap dan merupakan gejala penyakit jantung.
  • Apabila separuh bahagian di hujung kuku berwarna merah muda atau coklat sementara kutikel berwarna putih, itu merupakan gejala penyakit kerosakan ginjal yang kronik.
  • Apabila timbul kerutan melintang dan kuku kelihatan kusam, itu menandakan kekurangan nutrisi atau gejala sesuatu penyakit seperti demam campakcacar air, masalah jantung serta keadaan seperti sindrom Reynaud (kejang pada urat jari tangan dan kaki akibat sangat sejuk).
  • Lapisan merah membujur pada kuku, menandakan pendarahan pada salur kapilari. Garisan-garisan berganda merupakan gejala penyakit darah tinggi.
  • Apabila pertumbuhan kuku kelihatan lambat, tebal dan mengeras serta kekuning-kuningan, ia menandakan masalah sistem pencernaan yang kronik.
  • Timbulnya bintik-bintik pada kuku, menandakan adanya penyakit psoriasis (penyakit kulit kronik).
  • Apabila terdapat lengkungan berlebihan pada pangkal kuku dan sekitar hujung kuku, itu menandakan gejala penyakit emfisema (gangguan pada paru-paru), penyakit kardiovaskular atau hati.
Walau bagaimanapun, peningkatan usia juga menyebabkan strutur kuku berubah dan hal ini biasanya tidak mempunyai kaitan dengan masalah kesihatan. Dalam masa yang sama, perubahan yang tidak ketara pada kuku juga tidak perlu dirisaukan, kerana diagnosis melalui kuku belum diisytiharkan sah sepenuhnya oleh semua doktor di seluruh dunia. Jika seseorang mengalami masalah kesihatan, digalakkan supaya berjumpa dengan pakar kesihatan berbanding menganalisis sendiri perubahan pada kukunya.
Penjagaan Kuku
Seperti rambut ,kuku juga perlu dijaga dan dibersihkan.
  1. Jangan salah gunakan kuku. Untuk mencegah kerosakan, jangan gunakan kuku sebagai alat untuk mencungkil, menebuk, atau mengumpil sesuatu.
  2. Jangan gigit kuku anda . Perbuatan ini boleh merosakkan isi kuku. Bahkan torehan yang kecil di hujung kuku akan membenarkan bakteria atau kulat masuk dan mengakibatkan jangkitan. Oleh sebab pertumbuhan kuku yang perlahan, kuku yang cedera meninggalkan kesan yang lama sehingga beberapa bulan.
  3. Lindungi kuku anda. Pakai sarung tangan yang selamat apabila menggunakan air sabun serta bahan kimia dalam jangka masa yang lama.
  4. Lakukan penyelenggaraan. Rapikan kuku dan bersihkan bahagian di bawah kuku selalu. Gunakan pengetip kuku yang tajam dan yang sesuai untuk melicinkan kuku. Jangan sesekali menarik kuku yang separa terpotong kerana melakukannya selalu boleh menyebabkan kulit terkoyak.
  5. Lembapkan kuku selalu kerana kuku juga perlu dilembapkan seperti kulit


Friday, 20 March 2015

10 000 Langkah Sehari

salam 1 malaysia

Dengar sahaja 10,000 langkah sehari tentu memenatkan?Jangan risau, tidak semestinya 10,000 langkah itu dilakukan secara berterusan.Tidak perlulah memaksa diri,lakukan dengan permulaan
langkah yang kecil dahulu.Biasakan diri menaiki tangga daripada lift.Jadikan berjalan kaki sebagai amalan.Contohnya,kalau kita nak ke kedai yang jaraknya dalam 300 ke 500 meter cubalah berjalan kaki.Tidak perlulah menaiki motosikal atau kereta (jimat juga minyak kereta).Begitu juga di tempat kerja.Berjalan kakilah untuk ke kedai makan (time lunch la),ajak rakan-rakan bersama.Boleh berbual sambil berjalan,jadi tidaklah membosankan.Nak tahu fakta tentang 10,000 langkah?



Fakta mengenai 10,000 langkah yang perlu kita semua ambil tahu :

    • Berjalan 1km = 1,250 langkah  maknanya 10,000 langkah = 7 hingga 8 km.
    • Berjalan dalam tempoh 20 minit = 1.8 km bersamaan membakar nilai kalori sebiji pisang.
    • Berjalan dalam tempoh 30 minit = 2.6 km bersamaan nilai kalori bagi sebiji karipap.
    • Berjalan dalam tempoh 60 minit = 4.8 km bersamaan membakar nilai kalori bagi sekeping roti canai.
    • 10,000 langkah membakar sebanyak 390 kalori bersamaan sepinggan kuetiau goreng   

Jadi ,mari mulakan langkah pertama kita...





Wednesday, 18 March 2015

KHASIAT SEBIJI EPAL



salam 1 malaysia

KHASIAT SEBIJI EPAL


Pepatah inggeris ada mengatakan makanlah sebiji epal sehari untuk sihat.Mari kita lihat apa yang ada pada sebiji epal.








1) Baik untuk kesihatan

Epal merah mengandungi beberapa fitokimia penting seperti kuersetin, catechinm phloridzin dan asid klorogenik. Semua ini adalah antioksidan yang kuat. Hasil kajian epidemiologi menunjukkan hubung kaitnya dengan kejayaan mengurangkan risiko sakit jantung, beberapa jenis kanser, asma dan diabetes jenis 2.


2) Baik untuk melawaskan perut dan sembelit

Epal merah kaya dengan serat yang membantu melawaskan perut dan melegakan sembelit.


3) Risiko kanser rendah

Risiko kanser di kalangan wanita yang makan sekurang-kurangnya satu hidangan epal merah adalah rendah, menurut Kajian Kesihatan Jururawat yang membabitkan 77,000 wanita. Kajian itu mendapati kanser paru-paru di kalangan wanita berkurangan 21 peratus.


4) Mengandungi serat yang tinggi 

Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena danfitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.


5) Melambatkan proses penuaan dan untuk kecantikan

Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikalbebas serta boleh melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga boleh melembapkan kulit yang kering.


6) Baik untuk menghalang penyakit jantung dan canser

Fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah daripada tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.


7) Membantu proses mengawal berat badan.

Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat boleh melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapatmemberikan kita tenaga.


8) Bebas kolestrol dan lemak

kandungan kolestrol dan lemak tidak terdapat dalam epal. sesiapa yang hendak berdiet, epal sesuai menjadi snek yang terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan


9) Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau)

Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.


10) Kaya dengan pelbagai khasiat vitamin


vitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh badan kita. antara khasiat yang terdapat dalam epal. Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.