CARA MENHENTIKAN PENDARAHAN SEMASA MELAKUKAN AKTIVITI LUAR
Pernahkah anda terluka semasa pergi berkhemah atau memancing ataupun aktiviti yang sebagainya?Tentu sakit tak terhingga dan menggangu perancangan anda.Lebih teruk lagi,apabila darah mengalir tidak berhenti.Di sini ada terdapat petua atau cara boleh digunakan di saat-saat kecemasan.
1) DAUN SIRIH
Daun sirih berbentuk bujur.Ianya sejenis tumbuhan menjalar dan lazimnya akan menjalar di atas dahan pokok atau di atas tanah.Ambil sehelai,lumatkan atau kunyah hingga hancur dan tampalkan pada luka.Mula-mula akan terasa pedih tetapi akan hilang lama-kelamaan. Biarkan pada luka tadi sehingga kering.
2) DAUN SENDUDUK
Daun senduduk juga boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan.Ia adalah sejenis pokok renek.Buahnya berwarna unggu atau merah.Batangnya pokok ini kemerah-merahan dan ditutupi bulu-bulu halus.Caranya sama juga dengan daun sirih tadi tetapi ianya tidaklah pedih seperti daun sirih.Daun senduduk juga mudah didapati.
3) AIR LIUR
Jika keadaan terlalu terdesak dan tidak ada daun di atas,bolehlah kita menggunakan air liur kita.Air liur kita juga boleh menhentikan pendarahan tetapi untuk luka yang ringan sahaja.Cara ini adalah yang paling mudah dan cepat.
No comments:
Post a Comment